(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 18 Mac 2008 jam 11.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah
Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn005y2008/no-648
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Haslina binti Bahasan, Pentadbir Tanah Petaling, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 648, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 18 Mac 2008 jam 11.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah
Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM440,000.00 (Ringgit
Malaysia: Empat Ratus Empat Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini 29 Januari 2008 adalah RM345,321.07
(Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Empat Puluh Lima Ribu Tiga Ratus Dua Puluh
Satu dan Sen Tujuh sahaja). Nama Pemegang Gadaian: Hong Leong Bank
Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus
(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM44,000.00 (Ringgit Malaysia: Empat Puluh Empat
Ribu sahaja);
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
28hb Feb. 2008]
563
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 16 Julai 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
Jadual tanah dan kepentingan
Bandar/Pekan/Mukim—Petaling. No. Lot/P.T.—5096. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 6585. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 5977/94, Jilid 255, Folio 68.
Bertarikh 1 Februari 2008
HASLINA BINTI BAHASAN
[PTP 12/212/07]
Penolong Pentadbir Tanah
Petaling