(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 5 Mac 2008 (Rabu) jam 11.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Temerloh; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phgn004y2008/no-365
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Huzunul Khaidil bin Mohammed (KP. 760811-06-5273), Pentadbir is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 365, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 5 Mac 2008 (Rabu) jam 11.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Temerloh; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM30,000.00 (Ringgit
Malaysia: Tiga Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM49,678.
34. Nama Pemegang Gadaian: Bank Islam (M)
Berhad, Pusat Pemulihan Kredit, Tingkat 2, Lot 45, Jalan Teluk Sisek, 25740
Kuantan.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM3,000.00;
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 4 Julai 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Bangau Daerah Temerloh. No. Lot—474. Jenis dan
No. Hakmilik—G.M. 1165. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 1797/2002. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 28 September 2007
Pentadbir Tanah Daerah
[ptT. 4/369/11/2006]
Temerloh
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
14hb Feb. 2008]
243