(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 8 Mac 2006 (Rabu) jam 10.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Temerloh; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn02y2006/no-50
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Huzunul Khaidil bin Mohammed (KP. 760811-06-5273), Pentadbir Tanah, is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 50, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 8 Mac 2006 (Rabu) jam 10.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Temerloh; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM62,000.00 (Ringgit
Malaysia: Enam Puluh Dua Ribu sahaja).
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[19hb Jan. 2006 70 2.
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM72,371.
82. Nama Pemegang Gadaian Bumiputra-Commerce
Bank Berhad, 11 Section 3, Taman Bukit Piatu, 75150 Melaka.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM6,200.00;
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 5 Julai 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Perak Daerah Temerloh. No. Lot—8364. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 6491. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No.
Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 1926/2000. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 20 Oktober 2005
Pentadbir Tanah Daerah
[PTT. 4/369/5/2004]
Temerloh