(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 11 Oktober 2006 (Rabu) jam 10.30 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Temerloh; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn015y2006/no-809
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Huzunul Khaidil bin Mohammed (KP. 760811-06-5273), Pentadbir Tanah is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 809, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 11 Oktober 2006 (Rabu) jam 10.30 pagi di Perkarangan
Pejabat Tanah Temerloh; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM48,000.00 (Ringgit
Malaysia: Empat Puluh Lapan Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM63,826.
40. Nama pemegang gadaian: Bank Islam (M)
Bhd, Tingkat 4, Wisma Delima, Jalan Haji Abdul Aziz, 25000 Kuantan.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
Ringgit Malaysia 4,800.00;
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[20hb Julai 2006 848
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 7 Februari 2007 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Semantan Daerah Temerloh. No. Lot—2650. Jenis dan
No. Hakmilik—G.M. 454. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bahagian. No.
Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 1225/2003. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 4 Mei 2006
Pentadbir Tanah Daerah
[PTT. 4/369/28/2005]
Temerloh