(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 8 Oktober 2008 bertempat di Pejabat Tanah Muar,
Johor jam 9.30 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn019y2008/no-6853
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Jamil Hasni bin Abdulah, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa- is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 6853, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 8 Oktober 2008 bertempat di Pejabat Tanah Muar,
Johor jam 9.30 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM200,000.00
(Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Bank Simpanan Nasional pada tarikh ini adalah RM260,281.59 setakat 25 Jun 2008.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar yang berminat untuk tawaran dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab iaitu sebanyak RM20,000.00 (Ringgit
Malaysia Dua Puluh Ribu Sahaja) sebelum masa lelongan pada hari lelongan awam diadakan.
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
5058
[11hb Sept. 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat daripada 4 Februari 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;
dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Muar. Bandar/Pekan/Mukim—Bandar. No. P.T.D.—13065. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 7104. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 5612/2005.
Bertarikh 25 Jun 2008
[PTDM(LEL) 27/2008]
JAMIL HASNI BIN ABDULAH
Pentadbir Tanah
Muar