Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Jamil Hasni bin Abdulah, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa-

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar yang berminat untuk tawaran dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab iaitu sebanyak RM15,300.00 (Ringgit

Malaysia Lima Belas Ribu Tiga Ratus Sahaja) setengah (1/2) jam sebelum lelongan pada hari lelongan awam diadakan.

(b)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:

i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan 28hb Feb. 2008]

671

WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(d)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 3 Julai 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.

Section 3 — Saya, Jamil Hasni bin Abdulah, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa-