(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 11 Februari 2009 bertempat di Pejabat Tanah Muar,
Johor jam 9.00 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn003y2009/no-858
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Jamil Hasni bin Abdulah, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa- is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 858, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 11 Februari 2009 bertempat di Pejabat Tanah Muar,
Johor jam 9.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM185,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Lapan Puluh Lima Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Bank Islam Malaysia Berhad pada tarikh 25 Jun 2008 ini ialah
RM165,986.34.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM18,500.00
(Ringgit Malaysia Lapan Belas Ribu Lima Ratus Sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 11 jun 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
610
[29hb Jan. 2009
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR jadual tanah dan kepentingan
Daerah—Muar. Bandar/pekan/Mukim—Sg. Terap. No. Lot—550. Jenis dan
No. Hakmilik—g.m. 1353. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar
Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
Perserahan No. 1006/2004.
Bertarikh 25 Jun 2008
[PTDM(LEL) 103/2007]
jamil hasni bin abdulah b.p. Pentadbir Tanah
Muar