Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Jamil Hasni bin Abdulah, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa-
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM172,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tujuh Puluh Dua Ribu
Sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
(i)
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 11 jun 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
jadual tanah dan kepentingan
Daerah—Muar. Bandar/pekan/Mukim—Parit Bakar. No. Lot—5262. Jenis dan
No. Hakmilik—g.m. 979. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar
Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
Perserahan No. 3716/1994, Jilid 184, Folio 82; Perserahan No. 1827/1995,
Jilid 194, Folio 84; Perserahan No. 4891/1997, Jilid 234, Folio 44; Perserahan
No. 1325/2001, Jilid 281, Folio 87 dan Perserahan No. 2408/2005.
Bertarikh 29 Oktober 2008
[PTDM(LEL) 48/2008]
jamil hasni bin abdulah b.p. Pentadbir Tanah
Muar
29hb Jan. 2009]
615
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR