Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Jamil Hasni bin Abdulah, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa-

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM17,600.00

(Ringgit Malaysia Tujuh Belas Ribu Enam Ratus Sahaja);

(b)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–

(i)

maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan

(ii)

sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(d)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 16 Julai 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.

622

[29hb Jan. 2009

WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR jadual tanah dan kepentingan

Daerah—Muar. Bandar/pekan/Mukim—Bandar. No. p.t.d.—6951. Jenis dan No.

Hakmilik—h.s.(m) 3370. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar

Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—

Perserahan No. 3747/1995, Jilid 199, Folio 60; Perserahan No. 3748/1995,

Jilid 199, Folio 61 dan Perserahan No. 309/1999, Jilid 250, Folio 68.

Bertarikh 26 November 2008

[PTDM(LEL) 53/2008]

jamil hasni bin abdulah b.p. Pentadbir Tanah

Muar

Section 3 — Saya, Jamil Hasni bin Abdulah, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa-