(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 30 November 2004 pada 11.30 pagi di Pejabat Tanah
Jerantut; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn022y2004/no-912
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Kamal Al Hashir bin Mohd Fiah, Pentadbir Tanah pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 912, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 30 November 2004 pada 11.30 pagi di Pejabat Tanah
Jerantut; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM270,000.00 (Dua
Ratus Tujuh Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada Public Bank Berhad pada tarikh ini ialah RM71,323.77 Public Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b)
di atas: RM27,000.00 (Dua Puluh Tujuh Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih dari satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 29 Mac 2005 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[21hb Okt. 2004 14
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Teh. No. Lot—906. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 50. Bahagian
Tanah (jika ada)—Semua. No. Daftar Berdaftar (jika ada)—No. Perserahan 1082/2001 dan 1083/2001. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 20 Julai 2004
Pentadbir Tanah Daerah
[PTJ. 2.7.15/2004]
Jerantut