Malaysia legislation
Section 2
of Saya, Kamarozaman bin Nekmat, Pentadbir Tanah Kuala Selangor pada
Seksyen 2
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM117,935.
78.
Nama Pemegang Gadaian: Bank Pertanian Malaysia.
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
4hb Jan. 2007]
39 3.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM8,500.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Ribu Lima Ratus sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
(i)
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari 14 Jun 2007 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.