(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 21 Jun 2004 pada 10.00 pagi di Pejabat Daerah/Tanah
Kuala Selangor, Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn012y2004/no-880
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Kamarozaman bin Nekmat, Pentadbir Tanah Kuala Selangor pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 880, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 21 Jun 2004 pada 10.00 pagi di Pejabat Daerah/Tanah
Kuala Selangor, Jalan Semarak, 45000 Kuala Selangor, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM110,000.00 (Ringgit
Malaysia Satu Ratus Sepuluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM64,609.
59.
Nama Pemegang Gadaian: Malayan Banking Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM11,000.00 (Ringgit Malaysia Sebelas Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
[3hb Jun 2004 596
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar, selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 19 Oktober 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Api-Api. No. P.T.—2685. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 2015. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 1259/2000, Jilid 123, Folio 31.
Bertarikh 17 Mei 2004
Pentadbir Tanah
[PTKS. 1C/15/2003]
Kuala Selangor
Hakcipta Pencetak H
CAWANGAN KUALA LUMPUR