(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 9 Ogos 2004 pada 10.00 pagi di Perkarangan Pejabat
Tanah Rompin, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn010y2004/no-368
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Khairin Nazry bin Karim, Pentadbir Tanah, pada menjalankan kuasa yang is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 368, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 9 Ogos 2004 pada 10.00 pagi di Perkarangan Pejabat
Tanah Rompin, Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM33,000.00 (dalam perkataan Tiga Puluh Tiga Ribu Ringgit).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM22,618.
55. Nama pemegang gadaian Malayan Banking Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM3,300.00 (dalam perkataan Tiga Ribu Tiga Ratus Ringgit);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 6 Disember 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
6hb Mei 2004]
521
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Rompin. No. Lot—1647. Jenis dan No. Hakmilik—P.M. 45. Bahagian
Tanah (jika ada)—Semua Bahagian (1037 meter persegi). No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Pers. 107/2000.
Bertarikh 8 Mac 2004
Pentadbir Tanah Daerah
[P.T. Rom 4/2/0020/2003]
Rompin