(a)
bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 28 Mac 2007 di Pejabat Tanah Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/tggn004y2007/no-131
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Khairuddin bin Mustaffa, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 131, currently marked in force.
bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 28 Mac 2007 di Pejabat Tanah Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
harga rizab bagi maksud jualan ini ialah: G.M. 3878 Lot 5426 ialah
RM16,000.00
Saya dapati amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada setakat 26 November 2005 ialah RM36,357.
23. Nama pemegang gadai Bumiputra
Commerce Bank Berhad.
Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:
Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah Hulu
Terengganu dalam bentuk Bank Deraf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1 (b), di atas iaitu sebanyak RM1,600.00 bagi G.M. 3878
Lot 5420 masa mendeposit bermula jam 8.00 pagi hingga jam 9.45 pagi sahaja.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
15hb Feb. 2007]
113
Bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya.
Di mana penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka:
jumlah bayaran yang diterima di para 3 (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibayar.
sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.
Baki harga lelongan hendaklah dibayar penuh tidak lebih daripada 120
hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 28 Julai 2007 dan tiada masa lanjutan dibenarkan.
Di mana bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang dibayar sebagai bayaran deposit di para (c) kepada pemegang gadai akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Tanggul. No. Lot/Petak/P.T.—5426 (P.T. 3531). Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 3878 (H.S.(M) 2040). Bahagian Tanah (jika ada)—Semua.
No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 503/1996; Folio 77; Jilid 1.
Bertarikh 10 Januari 2007
KHAIRUDDIN BIN MUSTAFFA
[PTHT. 08/53/2002/0003]
b.p. Pentadbir Tanah
Hulu Terengganu