(a)
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 25 Februari 2008 di Pejabat Tanah, Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/tgn004y2008/no-95
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Khairuddin bin Mustaffa, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 95, currently marked in force.
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 25 Februari 2008 di Pejabat Tanah, Hulu Terengganu jam 10.00 pagi.
Saya dapati amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada setakat 16 Ogos 2007 ialah RM7,246.
31. Nama pemegang gadai ialah
Bank Pertanian Malaysia.
Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:
Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah
Hulu Terengganu dalam bentuk Bank Deraf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1(b), di atas iaitu sebanyak i) RM500.00 K.R.M.
Lot 321 masa mendeposit bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.45 pagi sahaja.
Bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya.
Di mana penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–
Jumlah bayaran yang diterima di para 3 (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibayar.
Sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.
Baki harga lelongan hendaklah dibayar penuh tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 25 Jun 2008 dan tiada masa lanjutan dibenarkan.
Di mana bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang dibayar sebagai bayaran di deposit di para (c) kepada pemegang gadai akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
78
[14hb Feb. 2008
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Hulu Berang. No. Lot/Petak/P.T.—321. Jenis dan No.
Hakmilik—K.R.M. 105. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 832/87; Folio 73; Jilid 30.
Bertarikh 10 Disember 2007
KHAIRUDDIN BIN MUSTAFFA
[PTHT. 01/53/2006/0002]
b.p. Pentadbir Tanah
Hulu Terengganu