Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Khairuddin bin Mustaffa, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada

Seksyen 3

Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:

(a)

Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah

Hulu Terengganu dalam bentuk Bank Deraf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1(b), di atas iaitu sebanyak i) RM2,350.00

K.R.M. 3531 Lot 5202, masa mendeposit bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.45 pagi sahaja.

(b)

Bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut lelong yang berjaya.

(c)

Di mana penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–

(i)

Jumlah bayaran yang diterima di para 3 (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibayar.

(ii)

Sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.

WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

14hb Feb. 2008]

79

(d)

Baki harga lelongan hendaklah dibayar penuh tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 27 Jun 2008 dan tiada masa lanjutan dibenarkan.

(e)

Di mana bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang dibayar sebagai bayaran di deposit di para (c) kepada pemegang gadai akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara seksyen 267 Kanun Tanah Negara.

Section 3 — Saya, Khairuddin bin Mustaffa, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada