(a)
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 14 November 2007 di Pejabat Tanah, Hulu
Terengganu jam 10.00 pagi.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/tggn019y2007/no-980
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Khairuddin bin Mustaffa, Pentadbir Tanah Hulu Terengganu pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 980, currently marked in force.
Bahawa jualan ini hendaklah dengan secara jualan lelongan awam yang akan diadakan pada 14 November 2007 di Pejabat Tanah, Hulu
Terengganu jam 10.00 pagi.
G.M. 1592, Lot 1459 RM14,000.00,
H.S.(M) 2395, Lot P.T. 5861 RM17,000.
00.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
13hb Sept. 2007]
933
Saya dapati amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada setakat 31 Mei 2005 ialah RM27,077.
16. Nama pemegang gadai ialah
Bank Pertanian Malaysia Berhad.
Jualan lelong ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di bawah:
Bakal penyambut lelong hendaklah mendeposit di Pejabat Tanah
Hulu Terengganu dalam bentuk Bank Draf atau Cashier Order di atas nama pemegang gadaian bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di para 1(b), di atas iaitu sebanyak (i) G.M. 1592, Lot 1459
RM1,400.00, (ii) H.S.(M) 2426, Lot P.T. 6154 RM1,500.00 dan
H.S.(M) 2395, Lot P.T. 5861 RM1,700.00 masa mendeposit bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.45 pagi sahaja.
Bayaran penuh jualan lelong boleh dibayar serta-merta selepas jatuhnya ketukan tukul yang menentukan penyambut lelong yang berjaya.
Di mana penyambut lelong tidak dapat membayar sepenuhnya selepas jatuhnya ketukan tukul menentukan penyambut berjaya maka–
Jumlah bayaran yang diterima di para 3 (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan disimpan sebagai deposit hingga bayaran penuh pembelian itu dibayar.
Sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, bayaran yang telah dibayar di para (i) di atas, akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai bagi mengurangkan bayaran hutang yang patut dibayar oleh penggadai kepada pemegang gadaian.
Baki harga lelongan hendaklah dibayar penuh tidak lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan itu, iaitu tidak lewat dari 14 Mac 2008 dan tiada masa lanjutan dibenarkan.
Di mana bayaran penuh tidak dijelaskan pada tarikh yang dinyatakan di para (d), wang yang telah dibayar sebagai bayaran deposit di para (c)
kepada pemegang gadai akan dirampas dan diagihkan mengikut tatacara seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Hulu Berang. No. Lot/P.T.—1459, 6154 dan 5861.
Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 1592, H.S.(M) 2426 dan H.S.(M) 2395.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
No. Perserahan 56/2002.
Bertarikh 31 Julai 2007
KHAIRUDDIN BIN MUSTAFFA
[PTHT. 01/53/2005/0002]
b.p. Pentadbir Tanah
Hulu Terengganu
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
934
[13hb Sept. 2007