(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 15 April 2008 jam 11.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah
Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn007y2008/no-886
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Khairul Hasniza binti Ahmad Amin Noordin, Pentadbir Tanah Petaling is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 886, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 15 April 2008 jam 11.00 pagi di Perkarangan
Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah
Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM310,000.00 (Ringgit
Malaysia: Tiga Ratus Sepuluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini 27 November 2007 adalah
RM541,325.55. (Ringgit Malaysia: Lima Ratus Empat Puluh Satu Ribu Tiga
Ratus Dua Puluh Lima dan Sen Lima Puluh Lima sahaja). Nama Pemegang
Gadaian: CIMB Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus
(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM31,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Satu Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah kena dibayar kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
[27hb Mac 2008 712
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 13 Ogos 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
jadual tanah dan kepentingan
Bandar/Pekan/Mukim—Damansara. No. Lot/P.T.—1297. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 8350. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 2107/98, Jilid 362, Folio 61.
Bertarikh 6 Mac 2008
Khairul Hasniza binti Ahmad Amin Noordin
[PTP. 12/180/07]
Penolong Pentadbir Tanah
Petaling