(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 30 Oktober 2008, pada jam 10.00 pagi di hadapan unit pendaftaran, pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Gopeng dan
Kampar; dan
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn017y2008/no-1204
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Laily Suhana binti Ramli, Penolong Pentadbir Tanah, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1204, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 30 Oktober 2008, pada jam 10.00 pagi di hadapan unit pendaftaran, pekarangan Pejabat Daerah dan Tanah Gopeng dan
Kampar; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM56,000.00 (Ringgit
Malaysia: Lima Puluh Enam Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah:
RM56,853.80 CIMB Bank Berhad.
(Ringgit Malaysia: Lima Puluh Enam Ribu Lapan Ratus Lima Puluh
Tiga dan Lapan Puluh sen).
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM5,600.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu Enam Ratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan jika tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (c)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
1150
[14hb Ogos 2008
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh 29 Januari 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah wang yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Kampar. No. Lot—119401. Jenis dan No. Hakmilik—P.M. 3153.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No.
Perserahan 1027/2005.
Bertarikh 16 Julai 2008
LAILY SUHANA BINTI RAMLI
[PTG & K (D) 5/5-8]
b.p. Pentadbir Tanah Kinta
Gopeng dan Kampar