(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada 16 Oktober 2008, jam 10.00 pagi di hadapan Unit
Pendaftaran, Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Gopeng dan
Kampar, Kampar; dan
/akn/my-08/state_gazette/unknown/prkgn020y2008/no-1412
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Laily Suhana binti Ramli, Penolong Pentadbir Tanah, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1412, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jualan lelong awam, yang akan diadakan pada 16 Oktober 2008, jam 10.00 pagi di hadapan Unit
Pendaftaran, Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Gopeng dan
Kampar, Kampar; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM37,000.00 (Tiga
Puluh Tujuh Ribu Ringgit sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah:
RM38,586.18 (Malayan Banking Berhad) (Tiga Puluh Lapan Ribu Lima
Ratus Lapan Puluh Enam Ringgit Lapan Belas sen).
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
(RM3,700.00 (Tiga Ribu Tujuh Ratus Ringgit sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (c)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
1356
[25hb Sept. 2008
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperanggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 15 Februari 2009 dan bahawa tiada ada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah dinyatakan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah wang yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Teja. No. Lot—62338. Jenis dan No. Hakmilik—P.M. 648. Bahagian
Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 1153/2000 Jilid: 94 Folio: 27.
Bertarikh 2 September 2008
LAILY SUHANA BINTI RAMLI
[PTG&K(D) 17/5-29]
b.p. Pentadbir Tanah Kinta
Gopeng dan Kampar