(a)
bahawa jualan ini hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 19 September 2006 pada 10.30 pagi di Pejabat Tanah
Kemaman.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/tgn17y2006/no-626
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Marzialina binti Mohamed, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 626, currently marked in force.
bahawa jualan ini hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 19 September 2006 pada 10.30 pagi di Pejabat Tanah
Kemaman.
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah
RM80,000.00
(Ringgit Malaysia: Lapan Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM106,949.29 (8.5.2006).
Nama pemegang gadaian Bank Islam Malaysia Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1 (b) di atas:
RM8,000.00 (Ringgit Malaysia: Lapan Ribu sahaja).
Amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
622
[17hb Ogos 2006
Di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (a)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena dibayar kepada pemegang gadaian.
Baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 17 haribulan Januari 2007 dan bahawa tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah dinyatakan; dan
Di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah wang yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Cukai. No. Lot—3080. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 9509.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
No. Perserahan 3373/2000.
Bertarikh 8 Mei 2006
Pentadbir Tanah
[PTK. 04/53/2006/0006]
Kemaman