Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Maslina binti Che Lin @ Halim, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas—RM5,500.00
(Ringgit Malaysia Lima Ribu Lima Ratus sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
(i)
maka, jumlah wang yang dinyatakan di dalam perenggan (a)
hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian dibayar;
dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah wang yang dinyatakan dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah wang yang kena bayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 10hb Oktober 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang dinyatakan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang dinyatakan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERLIS
32
[13hb April 2006