Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Md Fuad bin Mohd Sherif, Penolong Pentadbir Tanah Lipis pada
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus
(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas iaitu sebanyak: RM3,500.00 (Ringgit Malaysia: Tiga
Ribu Lima Ratus sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada Pemegang Gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
(i)
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada Pemegang Gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[16hb Ogos 2007 960
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada Pemegang Gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih dari satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 15 Januari 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada Pemegang Gadaian hendaklah dilucutkan dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.