Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Md. Rozamusliadi bin Roslan, Penolong Pentadbir Tanah, pada men
Seksyen 3
Penjualan tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
pembida mesti memiliki jumlah bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di perenggan 1(b) di atas: RM7,000.00 (Ringgit
Malaysia Tujuh Ribu Sahaja).
(b)
keseluruhan harga belian boleh dibayar dengan serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh pembida yang berjaya kepada pemegang gada
ian;
(c)
sekiranya keseluruhan harga belian tidak dibayar selepas tukul di
jatuhkan oleh pembida yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) tersebut di atas akan dibayar kepada pemegang gadaian dan akan disimpan se
bagai deposit sehingga keseluruhan harga belian dibayar; dan ii. sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, jumlah yang dinyatakan di sub-perenggan (i) tersebut di atas mestilah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk mengurangkan jumlah yang terhutang kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian mesti dijelaskan di dalam suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 24
September 2005 dan sebarang pelanjutan masa tidak dibenarkan;
(e)
sekiranya keseluruhan harga belian tidak dijelaskan pada atau sebe
lum tarikh di perenggan (d) tersebut di atas, deposit yang dibayar di bawah perenggan (c) tersebut di atas pemegang gadaian akan dirampas dan diuruskan mengikut cara yang ditetapkan oleh seksyen 267A Kanun Tanah Negara.