Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Mhd. Noor bin L. Daud, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas—RM6,200.00
(Ringgit Malaysia Enam Ribu Dua Ratus Sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
(i)
maka, jumlah yang tercatat dalam perenggan (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan akan dipegang sebagai deposit sehingga jumlah penuh harga belian dibayar; dan
(ii)
sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, jumlah yang dinyatakan dalam perenggan kecil (i) akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah kena bayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada
Satu Ratus Dua Puluh Hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 6hb September 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PERLIS
28
[30hb Mac 2006
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.