(a)
bahawa jualan ini, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 28hb Disember 2005 pada 10.00 pagi di Jabatan Tanah dan Galian
Negeri Perlis; dan
/akn/my-09/state_gazette/unknown/psgn021y2005/no-40
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mhd. Noor bin L. Daud, Pentadbir Tanah pada menjalankan kuasa yang is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 40, currently marked in force.
bahawa jualan ini, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 28hb Disember 2005 pada 10.00 pagi di Jabatan Tanah dan Galian
Negeri Perlis; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM320,000.00 (Ringgit
Malaysia Tiga Ratus Dua Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM103,154.
77. Nama pemegang gadaian—Southern Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas—RM32,000.00
(Ringgit Malaysia Tiga Puluh Dua Ribu Sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PERLIS
13hb Okt. 2005]
139
di mana amaun harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang tercatat dalam perenggan (a) akan dibayar kepada pemegang gadaian dan akan dipegang sebagai deposit sehingga jumlah penuh harga belian dibayar; dan
sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, jumlah yang dinyatakan dalam perenggan kecil (i) akan dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah kena bayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada 26hb April 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Kuala Perlis. No. Lot/Petak/P.T.—PT 338. Jenis dan No.
Hakmilik—HS(M) 261. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 538/2001 (Satu Hakmilik Sahaja).
Bertarikh 15 September 2005
[PTG(Ps.)(R) 1/80 F 1359(10)]
MHD. NOOR BIN L. DAUD
Timbalan Pendaftar Hakmilik b.p. Pengarah Tanah dan Galian
Perlis
AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
(Akta 486)