Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Mohd Afandi bin Abd Rani, Penolong Pentadbir Tanah Kuantan, pada
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM13,000.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Belas Ribu sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
(i)
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari 24 Oktober 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[10hb April 2008 590
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
jadual tanah dan kepentingan
Pekan/Mukim—Kuala Kuantan. No. Lot—6487/18. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.(M) 7969. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 6859/1995, Jilid 331, Folio 99. (Satu (1)
Hakmilik sahaja).
Bertarikh 12 Februari 2008
Penolong Pentadbir Tanah Daerah
[ptk. 4/5/1/4212]
Kuantan