(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 27 Mei 2004 jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah Daerah
Sabak Bernam, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn012y2004/no-863
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mohd Ahir bin Haji Zawawi, Pentadbir Tanah Daerah Sabak Bernam, is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 863, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 27 Mei 2004 jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah Daerah
Sabak Bernam, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM204,120.00 (RM:
Dua Ratus Empat Ribu Satu Ratus Dua Puluh sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM264,682.21 bagi hutang termasuk kadar faedah hingga 2 Oktober 2001.
Nama Pemegang Gadaian:
EON Bank Berhad 50400 Kuala Lumpur.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas
RM20,410.00 (RM: Dua Puluh Ribu Empat Ratus Sepuluh sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar, selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada (satu ratus dua puluh hari (120) daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 25 Oktober 2004 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
[3hb Jun 2004 582
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Panchang Bedena. No. P.T./Lot—9434. Jenis dan No. Hakmilik—
P.M. 2380. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Pendaftaran Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 1943/00, Jilid 122, Folio 56.
Bertarikh 27 April 2004
Pentadbir Tanah
[PTSB. 6/6/38/01]
Sabak Bernam