(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 11 Mei 2005 jam 10.00 pagi di ruang legar Pejabat
Tanah Daerah/Tanah Sabak Bernam Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn009y2005/no-960
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mohd Ahir bin Haji Zawawi, Pentadbir Tanah Daerah Sabak Bernam is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 960, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 11 Mei 2005 jam 10.00 pagi di ruang legar Pejabat
Tanah Daerah/Tanah Sabak Bernam Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM72,000.00 (Ringgit
Malaysia: Tujuh Puluh Dua Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM11,542.52 bagi hutang termasuk kadar faedah hingga 27-1-2005. Nama Pemegang Gadaian: Bank
Pertanian Malaysia, Lot 4746 & 4747, Jalan Sungai Limau, 45300 Sungai
Besar, Selangor.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas RM7,200.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ribu Dua Ratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar, selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
28hb April 2005]
617
sebelum baki belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 7 September 2005 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Sabak No. Lot—3047 Jenis dan No. Hakmilik—
E.M.R. 1363. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Pendaftaran
Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 933/95, Jilid 96, Folio 29.
Bertarikh 8 April 2005
Pentadbir Tanah
[PTSB. 6/6/23/01]
Sabak Bernam