(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 16 Disember 2008 bertempat di Pejabat
Tanah Rengit, Batu Pahat, Johor jam 10.00 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn021y2008/no-7355
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mohd. Azahar bin Ibrahim, Penolong Pentadbir Tanah, dalam menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 7355, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 16 Disember 2008 bertempat di Pejabat
Tanah Rengit, Batu Pahat, Johor jam 10.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM80,000.00 (Ringgit
Malaysia Lapan Puluh Ribu Sahaja).
5510
[9hb Okt. 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Bank Pertanian Malaysia No. 66, Jalan Tun Abd Razak, Kompleks
Medan Cahaya, 80000 Johor Bahru, Johor pada tarikh ini ialah 20 Mei 2008
setakat RM16,472.26.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM8,000.00 (Ringgit Malaysia Lapan Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 13 April 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;
dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Batu Pahat. Mukim—Sg. Kluang (XII). No. Lot—984. Jenis dan No.
Hakmilik—G.M. 1488 (dahulunya dikenali sebagai E.M.R. 688). Bahagian Tanah
(jika ada)—Semua. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada.
No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 790/1996, Jilid 56, Folio 17 bertarikh 8 November 1996.
Bertarikh 20 Mei 2008
[PPTR/L/12/07(20)]
MOHD. AZAHAR BIN IBRAHIM
Penolong Pentadbir Tanah
Batu Pahat Di Rengit
9hb Okt. 2008]
5511
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR