(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 11 Februari 2009 jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Tanah Rengit, Batu Pahat; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn026y2008/no-8499
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mohd. Azahar bin Ibrahim, Penolong Pentadbir Tanah, dalam menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 8499, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 11 Februari 2009 jam 10.00 pagi bertempat di Pejabat Tanah Rengit, Batu Pahat; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM90,000.00 (Ringgit
Malaysia Sembilan Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Pengurus Affin Bank Berhad (Pemegang Gadaian) Pengurusan Aset
Khas Wilayah Selatan, Tingkat 3, No. 23 dan 25, Jalan Permas 10/2, Bandar
Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor pada tarikh ini ialah 11 Ogos 2008
setakat RM33,039.50.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut–
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% dari harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM9,000.00
(Ringgit Malaysia Sembilan Ribu Sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan 18hb Dis. 2008]
6525
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 10 Jun 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;
dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Batu Pahat. Mukim—Sg. Kluang (XII). No. Lot—3741. Jenis dan
No. Hakmilik—G.M. 3595. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar
Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
Perserahan No. 824/1994, Jilid 56, Folio 25 bertarikh 26 November 1996.
Bertarikh 11 Ogos 2008
[PPTR/L/7/08(15)]
MOHD. AZAHAR BIN IBRAHIM
Penolong Pentadbir Tanah
Batu Pahat