Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Mohd. Bohari bin Hussen, Penolong Pentadbir Tanah, pada menjalankan
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM11,700.00 (Sebelas Ribu Tujuh Ratus Ringgit sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada Pemegang Gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
WARTA KERAJAAN NEGERI MELAKA
[28hb Ogos 2003 400
(i)
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada Pemegang Gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun Penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah kena dibayar kepada Pemegang Gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 24 Mei 2004 dan tidak ada lanjutan masa bagi tempoh yang dinyatakan sedemikian; dan
(e)
jika mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang dinyatakan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada Pemegang Gadaian hendaklah dilucuthakkan dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.