(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada 6 Julai 2005 jam 10.00 pagi di Perkarangan Pejabat
Tanah Kulai; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn006y2005/no-619
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mohd Fahmi bin Salam, Pentadbir Tanah, pada menjalankan kuasa yang is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 619, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam yang akan diadakan pada 6 Julai 2005 jam 10.00 pagi di Perkarangan Pejabat
Tanah Kulai; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM166,500.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Enam Puluh Enam Ribu Lima Ratus
Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM287,240.31 nama pemegang gadaian Tetuan
Bumiputra-Commerce Bank Berhad setakat 27 April 2004.
594
[17hb Mac 2005
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM16,650.00
(Ringgit Malaysia Enam Belas Ribu Enam Ratus Lima Puluh
Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 3 November 2005 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A (Kanun Tanah Negara) KTN.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Johor Bahru. Bandar/Pekan/Mukim—Senai–Kulai. No. M.L.O.—
1981. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1555. Bahagian Tanah (jika ada)—
Semua. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 959/97, Jilid 39, Folio 48 bertarikh 26
September 1997.
Bertarikh 21 Februari 2005
[K(PEN) 15/2000]
MOHD FAHMI BIN SALAM
Pentadbir Tanah
Johor Bahru