(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 3 Mei 2007 di Pejabat Pentadbir Tanah,
Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 11.00 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn006y2007/no-896
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mohd. Fahmy bin Yahya, Pentadbir Tanah Pontian, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 896, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Khamis 3 Mei 2007 di Pejabat Pentadbir Tanah,
Bangunan Sultan Ismail, 82000 Pontian, Johor jam 11.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM94,000.00 (Ringgit
Malaysia Sembilan Puluh Empat Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM64,155.61 setakat 3 Ogos 2006.
Nama pemegang gadaian: Ketua Setiausaha,
Bahagian Pinjaman Perumahan,
No. 8, Tingkat 1-16, Kompleks Pejabat Kerajaan,
50592 Kuala Lumpur 3.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM9,400.00
(Ringgit Malaysia Sembilan Ribu Empat Ratus Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i.
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan 826
[15hb Mac 2007
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR ii.
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 10 September 2007 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Pontian. Bandar/Pekan/Mukim—Jeram Batu. No. P.T.D.—5000. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1195. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian.
No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 2496/1990, Jilid 54, Folio 87 bertarikh 5 Disember 1990.
Bertarikh 3 Ogos 2006
[PTDP 13/18/2006]
SHARIFULIZAN BIN SHARIFUDDIN @ HAMZAH b.p. Pentadbir Tanah
Pontian