/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn020y2008/no-7060

Saya, Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa-

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force
Sections
3

Quick answer

About this state subsidiary legislation

Saya, Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa- is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 7060, currently marked in force.

(a)

bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 5 November 2008 di Pejabat Tanah, Batu Pahat,

Johor jam 10.00 pagi; dan

Suggest a correction

(b)

bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM25,000.00

(Ringgit Malaysia Dua Puluh Lima Ribu Sahaja).

Suggest a correction

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction

Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Malayan United Finance Berhad pada tarikh ini ialah RM21,986.02.

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM2,500.00

(Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja).

Suggest a correction

(b)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

Suggest a correction

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:

i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

25hb Sept. 2008]

5267

WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR

Suggest a correction

(d)

baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari 4 Mac 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan

Suggest a correction

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN

Daerah—Batu Pahat. Bandar/Pekan/Mukim—Cha’ah Baru. No. P.T.D.—4235.

Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 1520. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua.

No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian

(jika ada)—Perserahan No. 3158/1984 bertarikh 17 Oktober 1984.

Bertarikh 26 Jun 2008

[(43)dlm.PTDBP/4/SC/43/2003]

MOHD HISAM BIN SAID

Pentadbir Tanah

Batu Pahat

Saya, Mohd Hisam bin Said, Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa- (No. 7060)