(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 29 November 2006 pada 10.30 pagi di Pejabat Tanah
Jerantut; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phggn019y2006/no-994
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Mohd Rushdi bin Abdul Ghani, Pentadbir Tanah Jerantut, pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 994, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 29 November 2006 pada 10.30 pagi di Pejabat Tanah
Jerantut; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM75,000.00 (Ringgit
Malaysia: Tujuh Puluh Lima Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada RHB Bank Berhad pada tarikh ini ialah RM45,293.
88. Nama pemegang gadaian: RHB Bank
Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM7,500 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ribu Lima Ratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih dari satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 29 Mac 2007 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Pedah. No. P.T.—7640. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 4390.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—
No. Perserahan 267/96, Jilid 52, Folio 53. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 20 Jun 2006
Pentadbir Tanah Daerah
[PTJ. 2.7.2/2006]
Jerantut
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[14hb Sept. 2006 1036