Malaysia legislation

Section 3

of Saya, Mokhzani bin Mohamed, Penolong Pentadbir Tanah Lipis pada menjalankan

Seksyen 3

Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(a)

penawar memiliki, jumlah wang bersamaan dengan sepuluh peratus

(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b)

di atas: RM1,400.00;

(b)

amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;

(c)

di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar berjaya—

(i)

maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan

WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG

30hb Mac 2006]

359

(ii)

sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;

(d)

baki harga belian mestilah diselesaikan pada tarikh tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 15 Ogos 2006 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan

(e)

di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.