(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 5 November 2008 di Pejabat Tanah
Kulaijaya jam 10.00 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn017y2008/no-6485
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Muhammad Shahril Azizi bin Abd. Gapar, Penolong Pentadbir Tanah, is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 6485, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 5 November 2008 di Pejabat Tanah
Kulaijaya jam 10.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM760,000.00 (Ringgit
Malaysia Tujuh Ratus Enam Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM1,049,483.70 nama pemegang gadaian Tetuan CIMB Bank
Berhad setakat 16 Julai 2008.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM76,000.00 (Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Enam Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
4768
[14hb Ogos 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 5 Mac 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Kulaijaya. Bandar/Pekan/Mukim—Senai. No. Lot—891, 892 dan
893. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 516, G.M. 518 dan G.M. 519. Bahagian
Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 1662/1996,
Jilid 33, Folio 84 bertarikh 25 Julai 1996; Perserahan No. 2113/1996, Jilid 35, Folio 51 bertarikh 1 November 1996 dan Perserahan No. 1195/1997, Jilid 40, Folio 17 bertarikh 17 Disember 1997.
Bertarikh 23 Julai 2008
[K(PEN) 6/2006]
MUHAMMAD SHAHRIL AZIZI BIN ABD GAPAR
Penolong Pentadbir Tanah
Kulaijaya