(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 17 Disember 2008 di Pejabat Tanah
Kulaijaya jam 10.00 pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn020y2008/no-7058
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Muhammad Shahril Azizi bin Abd. Gapar, Penolong Pentadbir Tanah, is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 7058, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada hari Rabu 17 Disember 2008 di Pejabat Tanah
Kulaijaya jam 10.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM150,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM110,025.09 nama pemegang gadaian Tetuan RHB Bank
Berhad setakat 13 Ogos 2008.
5264
[25hb Sept. 2008
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM15,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian:
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 15 April 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;
dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Kulaijaya. Bandar/Pekan/Mukim—Senai. No. P.T.D.—7202. Jenis dan
No. Hakmilik—H.S.(M) 143. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian.
No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 193/2001 bertarikh 4 April 2001.
Bertarikh 27 Ogos 2008
[K(PEN) 11/2008]
MUHAMMAD SHAHRIL AZIZI BIN ABD. GAPAR
Penolong Pentadbir Tanah
Kulaijaya
25hb Sept. 2008]
5265
No. 7059.
Saya, Muhamad Fahrul bin Khalid, Pentadbir Tanah dalam menjalankan kuasa yang diperuntukan oleh seksyen 257/263 Kanun Tanah Negara, dengan ini memerintahkan supaya dijual tanah/bahagian tanah yang tak dipecahkan/
pajakan/pajakan kecil yang diperihalkan dalam Jadual di bawah ini:
Dan saya selanjutnya memerintahkan:
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 23 Oktober 2008 di Pejabat Pentadbir Tanah, Bangunan
Sultan Iskandar, Kota Tinggi jam 11.00 pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM110,000.00
(Ringgit Malaysia Satu Ratus Sepuluh Ribu Sahaja) (P.M. 3881–
RM40,000.00 dan P.M. 3882–RM70,000.00).
2. Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian
Bank Pertanian Malaysia Berhad pada tarikh ini ialah 24 Jun 2008 adalah
RM4,852.36.
3. Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM11,000.00 (Ringgit Malaysia Sebelas Ribu Sahaja).
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 20 Februari 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
5266
[25hb Sept. 2008
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Kota Tinggi. Bandar/Pekan/Mukim—Ulu Sungai Johor. No. Lot—3911
dan 11568. Jenis dan No. Hakmilik—P.M. 3881 dan P.M. 3882. Bahagian
Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—
Tiada. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—Perserahan No. 289/2005 bertarikh 13 Jun 2005.
Bertarikh 29 Ogos 2008
[PTDKT 4/13/9/2007]
MUHAMAD FAHRUL BIN KHALID
Penolong Pentadbir Tanah
Kota Tinggi