Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Muhammad Shahril Azizi bin Abd. Gapar, Pentadbir Tanah, pada
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM19,000.00 (Ringgit Malaysia Sembilan Belas Ribu Sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
624
[29hb Jan. 2009
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya–
(i)
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120 hari) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 22 September 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan;
dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A Kanun Tanah Negara.
jadual tanah dan kepentingan
Daerah—Kulaijaya. Bandar/Pekan/Mukim—Kulai. No. Lot—4638. Jenis dan
No. Hakmilik—H.s.(M) 257. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian.
No. Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 406/1999, Jilid 44, Folio 64 bertarikh 1 November 1999.
Bertarikh 9 Januari 2009
[k(PEN) 44/2007]
muhammad shahril azizi bin abd. gapar
Penolong Pentadbir Tanah
Kulaijaya