(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara jalan lelongan awam yang akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2007, jam 10.00 pagi di Perkarangan Pejabat Tanah Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan;
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn019y2007/no-1145
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Nasd Rahayu binti Abdul Rahim, Penolong Pentadbir Tanah, pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1145, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara jalan lelongan awam yang akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Oktober 2007, jam 10.00 pagi di Perkarangan Pejabat Tanah Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM40,000.00 (Ringgit
Malaysia: Empat Puluh Ribu sahaja); dan
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas RM4,000.00 (Ringgit Malaysia: Empat Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan jika tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh - dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (c), kepada pemegang gadaian hendaklah dilucut hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
910
[13hb Sept. 2007
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Sungai Siput. No. P.T.—2334. Jenis dan No. Hakmilik—
H.S.M. 1389. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian—
No. Perserahan: 207/2002.
Bertarikh 23 Ogos 2007
NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM
[PTSS(F/C) 6/2004]
b.p. Pentadbir Tanah Daerah
Kuala Kangsar