(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Jumaat, 20 Julai 2007, jam 10.00 pagi di Pekarangan
Pejabat Tanah Sungai Siput, Perak;
/akn/my-08/state_gazette/unknown/pkgn014y2007/no-855
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Nasd Rahayu binti Abdul Rahim, Penolong Pentadbir Tanah, pada is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 855, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan cara lelongan awam yang akan diadakan pada hari Jumaat, 20 Julai 2007, jam 10.00 pagi di Pekarangan
Pejabat Tanah Sungai Siput, Perak;
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM60,000.00 (Ringgit
Malaysia Enam Puluh Ribu sahaja);
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh siasatan ialah:
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus dari harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas RM6,000.00
(Ringgit Malaysia Enam Ribu sahaja);
WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK
698
[5hb Julai 2007
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana akaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari dari tarikh jualan iaitu, tidak lewat dari tarikh - dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan bagi tempoh yang ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucutkan hak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267A.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Pulau Kamiri. No. Lot—4421. Jenis dan No. Hakmilik—
G.M 520. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua bhg. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 79/2001.
Bertarikh 4 Jun 2007
NASD RAHAYU BINTI ABDUL RAHIM
[PTSS(FC) 10/2007]
b.p. Pentadbir Tanah Daerah
Kuala Kangsar
PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM
(KELAKUAN DAN TATATERTIB) 1993
PUBLIC OFFICERS (CONDUCT AND DISCIPLINE)
REGULATIONS 1993