(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 5 Jun 2007 pada jam 11.00 pagi di Perkarangan Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat
Kerajaan Daerah Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
/akn/my-10/state_gazette/unknown/selgn008y2007/no-805
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Nasimah binti Hj Abd Hamid, Pentadbir Tanah Petaling pada menjalankan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 805, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelongan awam, yang akan diadakan pada hari Selasa 5 Jun 2007 pada jam 11.00 pagi di Perkarangan Pejabat Daerah/Tanah Petaling, Kompleks Pejabat
Kerajaan Daerah Petaling, 47500 Subang Jaya, Selangor; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM120,000.00 (Ringgit
Malaysia: Seratus Dua Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini 8 Mac 2007 adalah RM69,020.80
(Ringgit Malaysia: Enam Puluh Sembilan Ribu Dua Puluh dan Sen Lapan
Puluh sahaja). Pemegang Gadaian: CIMB Bank Berhad.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus
(10%) daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b)
di atas: RM12,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Belas Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI SELANGOR
12hb April 2007]
607
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh Penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 3 Oktober 2007 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Bandar/Pekan/Mukim—Damansara. No. Lot/P.T.—534 seksyen 18. Jenis dan No.
Hakmilik—H.S.(M) 3661. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Berdaftar
Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 916/2001.
Bertarikh 8 Mac 2007
NASIMAH BINTI HAJI ABD HAMID
[PTP 12/20/07]
Pentadbir Tanah
Petaling