Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Nasrul Hissam bin Ab. Rahman, Penolong Pentadbir Tanah Daerah
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki, jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM6,500.00 (Ringgit Malaysia: Enam Ribu Lima Ratus sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
(i)
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
(ii)
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[24hb April 2008 668
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu,
.tidak lewat dari 24 September 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
jadual tanah dan kepentingan
Mukim—Bentong. No. P.T.—4018. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 2123.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 784/99. (Satu (1) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 26 Mac 2008
nasrul hissam bin ab. rahman
[p.t.btg. 5/b/492]
Penolong Pentadbir Tanah Daerah b.p. Pentadbir Tanah Daerah
Bentong