(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 25 November 2008 bertempat di Pejabat Tanah
Ledang, Jalan Dataran 1, 84900 Tangkak, Ledang, Johor jam 9.30
pagi; dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn023y2008/no-7729
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Natazha bin Hariss, Penolong Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa- is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 7729, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 25 November 2008 bertempat di Pejabat Tanah
Ledang, Jalan Dataran 1, 84900 Tangkak, Ledang, Johor jam 9.30
pagi; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM294,000.00 (Ringgit
Malaysia Dua Ratus Sembilan Puluh Empat Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Eon Bank Berhad pada tarikh ini adalah RM375,101.21 setakat 23 September 2008.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
pembida mesti memiliki jumlah bersamaan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM29,400.00 (Ringgit
Malaysia Dua Puluh Sembilan Ribu Empat Ratus Sahaja);
6hb Nov. 2008]
5859
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
keseluruhan harga belian boleh dibayar dengan serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh pembida yang berjaya kepada pemegang gadaian;
sekiranya keseluruhan harga belian tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh pembida yang berjaya–
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) tersebut di atas akan dibayar kepada pemegang gadaian dan akan disimpan sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar;
dan
sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang terhutang kepada pemegang gadaian;
baki harga belian mesti dijelaskan di dalam suatu tarikh yang tidak lewat lebih daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 25 Mac 2009 dan sebarang perlanjutan masa tidak dibenarkan;
dan
sekiranya keseluruhan harga belian tidak dijelaskan pada atau sebelum tarikh di perenggan (d) tersebut di atas, deposit yang dibayar di bawah perenggan (c) tersebut di atas kepada pemegang gadaian akan dirampas dan diuruskan mengikut cara yang ditetapkan oleh seksyen 267A Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Ledang. Bandar/Pekan/Mukim—Tangkak. No. P.T.D.—8764. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 6483. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 201/2001, Jilid 1, Folio 55 (sekarang dikenali sebagai hakmilik H.S.(M) 4090 P.T.D. 4764 Mukim Tangkak).
Bertarikh 15 Oktober 2008
[PTDM(T)(L) 13/4/2007]
NATAZHA BIN HARISS b.p. Pentadbir Tanah
Ledang