(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 3 Disember 2008 bertempat di Pejabat Tanah Ledang,
Jalan Dataran 1, 84900 Tangkak, Ledang, Johor jam 11.00 pagi;
dan
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn024y2008/no-7948
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Natazha bin Hariss, Penolong Pentadbir Tanah, dalam menjalankan kuasa- is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 7948, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 3 Disember 2008 bertempat di Pejabat Tanah Ledang,
Jalan Dataran 1, 84900 Tangkak, Ledang, Johor jam 11.00 pagi;
dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM70,000.00
(Ringgit Malaysia Tujuh Puluh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa baki hutang sehingga tarikh siasatan pada tarikh 8
September 2008 yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Malayan
Banking Berhad pada tarikh ini adalah sebanyak RM156,444.32.
6070
[20hb Nov. 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
Penjualan tersebut adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
pembida mesti memiliki jumlah bersamaan 10% daripada harga rizab yang dinyatakan di perenggan 1(b) di atas: RM7,000.00 (Ringgit
Malaysia Tujuh Ribu Sahaja);
keseluruhan harga belian boleh dibayar dengan serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh pembida yang berjaya kepada pemegang gadaian;
sekiranya keseluruhan harga belian tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh pembida yang berjaya–
maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) tersebut di atas akan dibayar kepada pemegang gadaian dan akan disimpan sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian dibayar; dan
sementara menunggu penyelesaian baki harga belian, jumlah yang dinyatakan di sub-perenggan (i) tersebut di atas mestilah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk mengurangkan jumlah yang terhutang kepada pemegang gadaian;
baki harga belian mesti dijelaskan di dalam suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 2 April 2009 dan sebarang perlanjutan masa tidak dibenarkan;
sekiranya keseluruhan harga belian tidak dijelaskan pada atau sebelum tarikh di perenggan (d) tersebut di atas, deposit yang dibayar di bawah perenggan (c) tersebut di atas pemegang gadaian akan dirampas dan diuruskan mengikut cara yang ditetapkan oleh seksyen 267A Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Ledang. Bandar/Pekan/Mukim—Tangkak. No. P.T.D.—15827. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 5933. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 212/2000, Jilid 1, Folio 50. Sekarang dikenali sebagai pemilik G.M. 5807 Lot 15421 Mukim Tangkak.
Bertarikh 30 Oktober 2008
[PTDM(T)(L) 13/25/2007]
NATAZHA BIN HARISS b.p. Pentadbir Tanah
Ledang