(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 9 September 2008 bertempat di Pejabat Tanah Ledang,
Johor jam 10.00 pagi; dan 4950
[28hb Ogos 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
/akn/my-01/state_gazette/unknown/jgn018y2008/no-6702
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Natazha bin Hariss, Penolong Pentadbir Tanah, pada menjalankan kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 6702, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 9 September 2008 bertempat di Pejabat Tanah Ledang,
Johor jam 10.00 pagi; dan 4950
[28hb Ogos 2008
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
bahawa harga rizab bagi maksud jualan itu ialah RM27,000.00
(Ringgit Malaysia Dua Puluh Tujuh Ribu Sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian iaitu Malayan Banking Berhad pada tarikh ini adalah RM59,193.37
setakat 3 Jun 2008.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar yang berminat untuk tawaran dikehendaki mendepositkan 10% daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas: RM2,700.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Tujuh Ratus
Sahaja) sebelum masa lelong pada hari lelongan awam diadakan.
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya:
i. maka jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan ii. sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam sub-perenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari (120) daripada tarikh jualan iaitu tidak lewat dari tarikh 6 Januari 2009 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267 Kanun Tanah Negara.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Daerah—Ledang. Bandar/Pekan/Mukim—Tangkak. No. M.L.O.—7960. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M) 4147. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No.
Berdaftar Pajakan/Pajakan Kecil (jika ada)—Tiada. No. Berdaftar Gadaian
(jika ada)—Perserahan No. 110/2002 bertarikh 22 Februari 2002.
Bertarikh 10 Jun 2008
[PTDM(T)(L) 13/29/2007]
NATAZHA BIN HARISS
Pentadbir Tanah
Ledang
28hb Ogos 2008]
4951
WARTA KERAJAAN NEGERI JOHOR
(Seksyen 321)
NOTIS-NOTIS MENGENAI KEMASUKAN KAVEAT