(a)
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 6 Oktober 2004 jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah
Pekan, Pahang; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phgn016y2004/no-650
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Noorzila binti Manaf, Pentadbir Tanah Pekan, pada menjalankan kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 650, currently marked in force.
bahawa jualan itu hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 6 Oktober 2004 jam 10.00 pagi di Pejabat Tanah
Pekan, Pahang; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM50,000.00 (Ringgit
Malaysia: Lima Puluh Ribu sahaja).
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM34,168.
18. Nama Pemegang
Gadaian: Bank Islam Malaysia Berhad., Tingkat Bawah dan Mezzanine, 8
Menara Perinsind, Jalan Bukit Timbalan, 80000 Johor Bahru, Johor.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM5,000 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar, selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[29hb Julai 2004 756
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 2 Februari 2005 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Pekan. No. Lot—3116. Jenis dan No. Hakmilik—G.M. 474. Bahagian
Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No.
Perserahan 220/1995, Jilid 37, Folio 43. (Satu (1) Suratan Hakmilik sahaja).
Bertarikh 16 Mac 2004
Pentadbir Tanah Daerah
[PTP. 4L-0003/2003]
Pekan