(a)
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 6 Oktober 2004 pada 10.00 pagi di Pejabat Tanah
Pekan, Pahang; dan
/akn/my-06/state_gazette/unknown/phgn016y2004/no-654
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Saya, Noorzila binti Manaf, Pentadbir Tanah Pekan, pada menjalankan kuasa is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 654, currently marked in force.
bahawa jualan itu, hendaklah dengan jalan lelong awam, yang akan diadakan pada 6 Oktober 2004 pada 10.00 pagi di Pejabat Tanah
Pekan, Pahang; dan
bahawa harga rizab bagi maksud jualan ialah RM75,000.00 (Ringgit
Malaysia: Tujuh Puluh Lima Ribu sahaja)
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[29hb Julai 2004 760 2.
Saya dapati bahawa amaun yang kena dibayar kepada pemegang gadaian/
pemegang-pemegang gadaian pada tarikh ini ialah RM20,629.
03. Nama Pemegang
Gadaian: Malaysia Building Society Bhd., A 157 dan 159, Sri Dagangan, Jalan
Tun Ismail, 25000 Kuantan.
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang ditetapkan di bawah perenggan 1(b) di atas:
RM7,500.00 (Ringgit Malaysia: Tujuh Ribu Lima Ratus sahaja);
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
sebelum baki harga belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh hari daripada tarikh jualan, iaitu, tidak lewat dari tarikh 2 Februari 2005 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d), jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
JADUAL TANAH DAN KEPENTINGAN
Mukim—Pahang Tua. No. Lot—3301. Jenis dan No. Hakmilik—P.M. 449.
Bahagian Tanah (jika ada)—Semua Bahagian. No. Berdaftar Gadaian (jika ada)—No. Perserahan 786/2002. (Satu (1) Suratan Hakmilik sahaja).
Bertarikh 16 Mac 2004
Pentadbir Tanah Daerah
[PTP. 4L-0036/2003]
Pekan