Malaysia legislation
Section 3
of Saya, Nordin bin Abdullah, Pentadbir Tanah Gombak pada menjalankan kuasa
Seksyen 3
Jualan ini hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
(a)
penawar memiliki jumlah yang bersamaan dengan sepuluh peratus daripada harga rizab yang telah ditetapkan di bawah perenggan 1(b)
di atas: RM58,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Lapan Ribu sahaja);
(b)
amaun penuh harga jualan boleh dibayar serta-merta selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya kepada pemegang gadaian;
(c)
di mana amaun penuh harga jualan tidak dibayar selepas tukul dijatuhkan oleh penawar yang berjaya—
(i)
maka, jumlah yang dinyatakan di perenggan (a) hendaklah dibayar kepada pemegang gadaian dan ia hendaklah dipegang sebagai deposit sehingga keseluruhan harga belian telah dibayar; dan
(ii)
sebelum baki belian diselesaikan, jumlah yang dinyatakan di dalam subperenggan (i) hendaklah dikreditkan ke dalam akaun penggadai untuk tujuan mengurangkan jumlah yang kena dibayar kepada pemegang gadaian;
(d)
baki harga belian hendaklah diselesaikan dalam masa tidak lebih daripada satu ratus dua puluh (120) hari daripada tarikh jualan, iaitu tidak lewat dari tarikh 28 Jun 2008 dan bahawa hendaklah tiada apa-apa lanjutan masa bagi tempoh yang telah ditetapkan; dan
(e)
di mana harga belian sepenuhnya tidak diselesaikan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam perenggan (d) jumlah yang dibayar sebagai deposit di bawah perenggan (c) kepada pemegang gadaian hendaklah dilucuthak dan dilupuskan dengan cara yang ditetapkan di bawah seksyen 267.
Jadual tanah dan kepentingan
Mukim—Rawang. No. P.T./Lot—93 dan 94. Jenis dan No. Hakmilik—H.S.(M)
671 dan 672. Bahagian Tanah (jika ada)—Semua. No. Pendaftaran Gadaian
(jika ada)—No. Perserahan 2046/2001 (Dua (2) Hakmilik sahaja).
Bertarikh 8 Januari 2008
Pentadbir Tanah
[PTDG. 15/163/07 (03)]
Gombak